Gary Steven Robbat Pemain Terakhir ‘Diikat’ Sabah FC

Import-Sabah-FC.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Bekas pemain skuad Harimau Muda Gary Steven Robbat sah diumumkan menyertai Sabah FC sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia musim ini ditutup petang kelmarin.

Perkara itu turut diumumkan menerusi hantaran di Facebook Sabah FC selepas bekas pemain Melaka United (MU) itu menandatangani kontrak untuk bermain bersama pasukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini menyertai MU secara pinjaman bagi satu musim namun tidak berjaya mempamerkan kredibilitinya berikutan mengalami kecederaan.

Gary sebelum ini juga pernah berlatih bersama kelab Bundesliga, Borussia Dortmund dan turut bermain dalam pauskan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum dipinjamkan ke MU.

Kehadiran Gary dalam pasukan Sabah Fc musim ini bakal memberi banyak pilihan pemain kepada Ong Kim Swee untuk merencana sesuatu pada musim ini. – Sabah Media

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top