Gara-gara Cemburu Wanita Maut Ditikam Suami

tikam-isteri.jpg

Pihak polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian: (Foto Ihsan: PDRM)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dipercayai gara-gara cemburu seorang lelaki tergamak menikam isterinya sehingga mati dalam satu kejadian di sebuah gerai sayur di Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia, selepas dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I dalam keadaan parah.

Difahamkan, kejadian itu disedari orang awam sebelum memaklumkan polis.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata siasatan awal mendapati mangsa didatangi suspek ketika membantu kakaknya menjual sayur di kawasan itu.

Katanya, suspek menikam bahagian belakang mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri.

Wanita yang parah itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.21 petang,” katanya.

Kalsom berkata, suspek ditahan di Jalan Kepayan pada 8.30 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

Polis menyelesaikan kes ini tidak sampai 24 jam dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu. Sebilah pisau turut dirampas di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.”

Katanya, suspek yang juga warga asing itu direman untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top