Gara-gara cemburu, suami tumbuk muka isteri

gari.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Berang kerana mengesyaki isteri ada hubungan dengan lelaki lain, seorang lelaki mengamuk dan menumbuk muka wanita itu di Kampung Siaun, Menumbok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 34 tahun cedera di pipi kanan dan luka di bawah kening.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di dalam kereta di hadapan rumah mereka.

“Suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum bertindak memukul muka mangsa (isteri).

“Suspek juga mengugut untuk membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam, lapor Buletin TV3.

Menurutnya, susulan laporan, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah dan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Menumbok menahan suspek untuk siasatan.

“Punca kejadian disebabkan suspek cemburu dan menuduh isterinya ada hubungan dengan lelaki lain.

“Suspek berusia 35 tahun kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top