Gangguan Bekalan Elektrik Pulih 100% – TNB

elektrik-tnb.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkata, gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri sejak tengah hari tadi pulih sepenuhnya pada 3.02 petang.

Katanya, siasatan mendapati gangguan bekalan sejak 12.39 tengah hari itu berpunca daripada kerosakan salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

“Ia telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat utiliti itu berkata, bekalan elektrik di kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan pasukan teknikal TNB.

Terdahulu, TNB dilaporkan berkata, antara kawasan terjejas adalah Petaling Jaya, Cheras dan Bangi di Lembah Klang; Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor di Johor dan Bandar Indera Mahkota di Pahang.

Menurutnya, bekalan pulih sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat, kecuali di Lembah Klang. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top