Gangguan Bekalan Elektrik Di KKIA Bukan Disebabkan Oleh SESB

ir-Idris-Mohd-Noor.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu adalah disebabkan masalah teknikal dalam pihak KKIA bukannya disebabkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor (gambar) berkata, tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

“Pihak SESB telah menghubungi pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) dan dimaklumkan bahawa terdapat masalah pada kabel dan peralatan suis di premis mereka di KKIA,” katanya hari ini sebagai mengulas laporan media mengenai kejadian tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top