KOTA KINABALU: Calon Barisan Nasional untuk DUN Likas, Dr Chang Kee Ying menggesa orang ramai berhenti menyebarkan gambar bogel palsu dirinya, yang dilabel beliau sebagai kempen fitnah jahat yang bertujuan untuk merosakkan peluangnya dalam pilihan raya negeri Sabah 26 September ini.
The Star melaporkan bahawa Chang, dari MCA, telah pun membuat laporan polis.
Chang mengatakan mereka yang menyebarkan gambar bogel palsu itu melakukannya kerana “mereka tidak memiliki akal untuk berdebat dalam politik”.
“Saya harap pelakunya melihat kesalahan mereka dan segera menghentikan kaedah keji itu agar kita dapat bertarung dengan bersih dan adil,” katanya sebagaimana dipetik oleh harian itu.