Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan

Sabah-vs-hai-pong.jpg

Gambar hiasan: Pemain-pemain Sabah FC meraikan jaringan gol dalam satu perlawanan November lalu. (Kredit foto: Bernama)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengarah pasukan Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan di bawah bayu itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.

Melalui satu video yang tular, dia berasakan penyokong Sang Badal wajar mengetahui jumlah tanggungan kelab memandangkan isu itu sering menjadi persoalan penyokong serta pencapaian kelab itu yang tidak begitu memberangsangkan.

Sebelum ini, pemain Sabah meraikan jaringan gol dengan simbol empat jari sebagai isyarat sindiran akan masalah gaji yang tertunggak selama empat bulan.

“Kita mempunyai tanggungan gaji sebulan sekitar RM1.7 juta, saya berterus terang agar peminat tahu tanggungan kita sebenarnya.

“Mengapa harga terlalu tinggi sedangkan pasukan lain yang pernah menjulang piala tidak sampai ke situ (jumlah perbelanjaan),” soalnya. – Astro Arena

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top