Gagasan Rakyat Lumadan tekad, komited bantu wakil rakyat GRS

Mazlan-Joehari-Manan-.jpg

Mazlan menyampaikan ucapan perasmian sempena mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Lumadan. (Kredit foto: Penerangan PGRS DUN Lumadan)

Kongsi Bersama

BEAUFORT: Desas-desus yang tersebar kononnya Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan akan meletakkan calon dari parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, adalah tidak benar.

Sambil menyangkal khabar angin itu, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lumadan, Mazlan Joehari Manan menjelaskan, sebaliknya parti bahagian itu mahu mengukuhkan lagi kerjasama diantara parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Di Lumadan kata Mazlan, Datuk Ruslan Muharam mewakili GRS dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Gagasan Rakyat Lumadan tekad dan komited untuk membantu wakil rakyat GRS dalam semua aspek.

Gagasan Rakyat Lumadan katanya bertekad untuk taat dan patuh dengan pucuk pimpinan GRS yang sering menekankan soal kerjasama diantara parti-parti dalam GRS.

Tegas Mazlan, desas-desus yang timbul itu mungkin direka-reka oleh pembangkang bagi memecahkan persefahaman dalam kalangan parti-parti GRS memandangkan PRN semakin hampir.

Sebagai Ketua Bahagian, Mazlan berpegang kepada prinsip taat kepada parti dan juga Presiden termasuk keputusan-keputusan yang diputuskan pucuk pimpinan.

“Kita Gagasan Rakyat Lumadan akan setia, taat dan patuh dengan apa jua keputusan GRS. Siapa yang dipilih (calon) nanti, kita serahkan kepada pucuk pimpinan. GRS tentukan siapa, Gagasan Rakyat akan sokong.

“Tidak ada isu sebenarnya pun sebab Gagasan Rakyat Lumadan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan wakil rakyat Datuk Ruslan Muharam di DUN Lumadan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Lumadan yang diadakan di Gem Hotel, pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Mazlan menjelaskan walaupun kerusi DUN itu bukan diwakili Gagasan Rakyat namun ia bukan menjadi masalah kerana wakil rakyat di DUN itu adalah ADUN GRS.

Yang penting katanya, setiap bahagian Gagasan Rakyat memainkan peranan yang signifikan bagi menjaga nama baik parti sekaligus mengukuhkan lagi persefahaman diantara parti-parti dalam GRS. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top