Gagasan Rakyat Kuamut salur sumbangan kepada mangsa banjir

bantuan-kuamut.jpg

Jahiah @ Jalilah (tiga dari kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada Ceasar Mandela Malakun (tiga dari kiri) di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC .

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat ) Kuamut semalam telah menyalurkan sumbangan dalam usaha membantu meringankan beban mangsa banjir yang terkesan di sekitar Penampang.

Mewakili Datuk Masiung Banah selaku Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Kumut, Ketua Wanitanya, Jahiah @ Jalilah Apiang berkata, “Datuk Masiung amat bersimpati dengan mereka yang terkesan akibat bencana ini dan diharapkan dengan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka yang terkesan dalam menyediakan keperluan asas pasca banjir.”

Sumbangan berupa makanan kering, air mineral dan barangan keperluan asas seperti lampin bayi (pakai dan buang) ubat gigi, tuala dan selipar jepun diserahkan kepada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog Datuk Ceasar Mandela Malakun di Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, ITCC untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang di sini.

“Kami akan cuba sedaya upaya membantu pihak kerajaan meringankan beban tugasan agensi-agensi pelaksana dan sukarelawan yang tidak putus-putus membantu mangsa-mangsa banjir tersebut,”ujar beliau yang juga merupakan Exco Wanita Gagasan Rakyat Pusat.

Jahiah @ Jalilah turut ditemani oleh Ketua Pemuda Bahagian Gagasan Rakyat Kuamut Willypros Dorinsuk dan Ketua Beliawanis Bahagian Khalidah Mahalil.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top