Gagasan Rakyat Bandau anjur program pemindahan pengundi

Datuk-Maijol-Mahap.jpg

Datuk Maijol Mahap

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU:Program pemindahan pengundi bakal diadakan pada 24 dan 25 Febuari ini, bertempat di Hotel Hexan anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Bandau dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Sasaran utama program ini adalah pemegang-pemegang kad Pengenalan yang menetap atau yang beralamatkan di sekitar kawasan Bandau tetapi mengundi di kawasan lain.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata “seramai 13 mentor telah dilantik untuk mengurus proses pemindahan pengundi di 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk memastikan kami mencapai sasaran kami.

“Bagi mereka yang berminat dalam program ini atau ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh berhubung dengan pejabat Gagasan Rakyat Bandau atau Ketua Cawangan di tempat masing-masing,” ujar beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Pusat.

Maijol turut menzahirkan penghargaan kepada JPN dan SPR atas komitmen dan kerjasama yang diberikan kepada Pusat Khidmat Gagasan Rakyat bahagian Bandau. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top