Gagasan Rakyat Bahagian Darau salur sumbangan kepada mangsa kebakaran di Likas

Gagasan-Darau.jpg

Mohamed Razali (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Darau menyampaikan sumbangan kepada 15 ketua isi rumah membabitkan 64 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Likas di sini Ahad lalu.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, sumbangan ini diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih pada bulan Ramadan seperti sekarang.

Katanya, beliau berharap semua mangsa terlibat bersabar serta yakin bahawa kerajaan negeri akan mencari jalan terbaik untuk memastikan bantuan lain dapat disalurkan kepada mereka dalam tempoh terdekat.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa berlaku dan semua mangsa kini di tempatkan sementara di Dewan Serbaguna Likas. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak bomba, pihak keselamatan serta orang ramai yang telah membantu mangsa kebakaran ini.

“Sumbangan yang diberikan ini biarpun nilainya sedikit, namun sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban, dan boleh memberi semangat baharu kepada mereka semua,” katanya ketika mengadakan lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada -mangsa-mangsa kebakaran tersebut di sini, hari ini.

Mohamed Razali berkata, pihaknya akan melihat beberapa bentuk keperluan harian lain untuk disampaikan kepada mangsa termasuk menyediakan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kami berharap kehadiran kami dapat menjadi motivasi kepada mangsa-mangsa terlibat melepasi masa sukar ini agar mereka dapat menyambut sinar baharu dalam masa terdekat.

“Kita juga akan melihat keperluan lain bagi membantu mangsa kebakaran ini supaya dapat mendirikan rumah mereka semula. Saya yakin Kerajaan Negeri melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan membantu mereka,” jelas Mohamed Razali.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Zaitun Kassim.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top