Gagasan Rakyat anjur pertandingan cipta video pendek, tawar hadiah terkumpul RM50,000

cipta-lagu-pgrs.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menganjurkan pertandingan mencipta video pendek kreatif bertemakan “Kita Orang Sabah” dengan tawaran hadiah keseluruhan RM50,000.

Pertandingan itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Presiden PGRS, di ibu pejabat parti itu di Alamesra di sini pada Junaat.

Pengerusi Penganjur, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, pertandingan dibuka kepada semua rakyat Malaysia di Sabah dan dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu 18-38 tahun dan 39 tahun ke atas.

Beliau berkata, pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan trofi.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan rakyat Sabah yang berminat mencipta video pendek kreatif untuk menyertai dan mempamerkan kemahiran mereka.

“Selaras dengan tema “Kita Orang Sabah”, penyertaan boleh berkisar tentang tradisi dan budaya orang Sabah, kekayaan alam semulajadi, pencapaian atau apa sahaja yang memaparkan keindahan negeri ini,” katanya.

Abdul Kassim berkata, tarikh tutup untuk menghantar penyertaan ialah 12 Disember tahun ini.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftarkan penyertaan mereka melalui https://forms.gle/HyjVuU2M3aj5BMJ8A. – Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top