Gagal Seberang Sungai, Warga Emas Maut Dibawa Arus

lemas.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

BELURAN: Seorang warga emas maut akibat dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang Sungai Lininkung, di Telupid, Sabah dalam perjalanan pulang ke rumahnya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan  Kasim Muda berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 60 tahun menuju ke rumahnya yang hampir ditenggelami air.

“Beberapa penduduk kampung kemudiannya menemui lelaki terbabit tidak jauh dari lokasi dia hanyut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Berita Harian.

Kasim turut menasihatkan orang ramai di daerah itu dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan situasi semasa dan mengelakkan diri dari melalui kawasan ditenggelami air.

Kejadian itu menjadikan kes kematian akibat banjir di Sabah meningkat kepada tiga orang.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top