Gadis Ranau Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Di Konvokesyen UMS

pelajar-anugerah.jpg

Ignatia bersama skrol dan anugerah yang diterimanya.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ignatia Pius, 25, dari Kampung Paginatan, Ranau tidak menyangka menerima Anugerah Pelajaran DiRaja pada Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu.

Walaupun mencapai prestasi akademik yang cemerlang sepanjang semester di universiti, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menerima anugerah tersebut.

“Saya bersyukur atas kurniaan dan anugerah ini, dan saya berharap dapat membanggakan ibu bapa saya dengan pencapaian saya.

“Kedua-dua ibu bapa saya adalah petani dan saya anak ketiga dalam keluarga memegang ijazah. Saya anak ketiga daripada enam adik beradik. Pada saya, inilah cara saya menunjukkan penghargaan saya terhadap ibu bapa saya yang menjadi tulang belakang saya,” katanya.

Ignatia memulakan perjalanannya dengan mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam pada 2016 dan menamatkannya pada 2020.

“Walaupun markah saya sentiasa tinggi setiap semester, tetapi yang terakhir adalah paling mencabar kerana kekawangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kebanyakan kertas terakhir saya memerlukan peralatan di makmal, tetapi memandangkan kami tidak dibenarkan melakukan perjalanan semasa PKP, saya terpaksa menangguhkan banyak perkara.

“Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga saya pada saat yang mencabar itu dan saya berasa bangga kerana menamatkan pengajian saya,” katanya.

Ignatia kini bekerja sebagai jurutera di salah satu syarikat perunding di pusat bandar ini.

 

Sumber: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top