Gadis British Diselamatkan Dari Gunung Kinabalu

gunung-kinabalu.jpg
Kongsi Bersama

LONDON: Seorang gadis British berusia 17 tahun terpaksa diselamatkan dan dibawa turun dari Gunung Kinabalu, Sabah selepas mengalami hipotermia dan kesan altitud.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan nama remaja berkenaan yang dibawa turut dari gunung tertinggi di Malaysia Ahad lalu, melainkan hanya menyatakan mangsa berasal dari England.

Menurut laporan Daily Mail, mangsa menerima rawatan awal di pusat rawatan di Kem Panabalan sebelum dibawa ke Hospital Ranau, di mana keadaannya disahkan stabil.

Menurut Jabatan Bomba Ranau, pasukan penyelamat dikerahkan sekitar jam 2 petang waktu tempatan bagi menyelamatkan gadis berkenaan.

Mangsa dibawa menggunakan pengusung bagi separuh jalan sebelun didukung sehingga ke Timpohon Gate, dalam operasi menyelamat membabitkan tiga malim gunung dan renjer dari Taman Kinabalu. – AGENSI/BH

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top