G57 digesa tarik balik kenyataan atau disaman RM100 juta – Mohd. Azis

azis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) Sepanggar menuntut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar menarik balik kenyataan yang mendakwa parti itu menerima dana daripada kartel dadah.

Utusan Malaysia dalam laporannya memetik Ketua Warisan Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman sebagai berkata, beliau dan peguamnya akan mengeluarkan letter of demand kepada Zulkarnain untuk menarik balik kenyataan dan meminta maaf atas dakwaan Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah seperti yang disebutkan dalam sidang akhbar pada Khamis lalu.

“Letter of demand yang dikeluarkan sebagai langkah pertama dalam proses undang-undang. Kami juga akan meminta beliau (Zulkarnain) membuktikan tuduhannya dalam tempoh tujuh hari.

“Sekiranya beliau gagal membuktikan dan memohon maaf secara terbuka, proses saman akan diteruskan.

“Saya akan menuntut saman berjumlah RM100 juta susulan fitnah dan tuduhan yang dilemparkan itu melibatkan nama, reputasi dan imej saya selaku pimpinan Warisan Sepanggar dan parti Warisan secara keseluruhannya,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan, pada Sabtu.

Dalam sidang akhbar pada Khamis, Zulkarnain mendakwa Warisan Sepanggar menerima dana daripada kartel dadah.

Menurut Mohd Azis pihaknya memandang serius tuduhan yang dibuat oleh Zulkarnain yang cuba menjatuhkan reputasi Warisan dan pimpinannya.

“Sebagai pemimpin Warisan Sepanggar, saya komited untuk membuktikan ketidakbenaran tuduhan ini melalui proses undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

“Menyebarkan maklumat yang tidak sahih adalah satu kesalahan. Apa lagi membuat laporan polis dan mengadakan sidang akhbar menerusi kenyataan yang diambil daripada maklumat yang dia tidak periksa kesahihan dan kebenaran. Ini merupakan satu tindakan bodoh yang sebenarnya hanyalah bermotifkan politik.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top