FSI, MCCC Sabah Sumbang PPE Untuk Barisan Hadapan

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri semalam menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE) daripada dua organisasi untuk petugas barisan hadapan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima sumbangan berkenaan daripada Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan Malaysia-China Cawangan Sabah (MCCC) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

FSI menyumbang sebanyak 1,000 kotak pelitup muka jenis KN 95 yang disampaikan oleh Presiden FSI Richard Lim bersama Timbalan Presiden FSI Datuk Harun Ismail serta Naib Presiden FSI Natalie Fung dan Dino Ang.

MCCC Cawangan Sabah yang diwakili oleh presidennya Michael Chin menyumbang pelbagai jenis PPE antaranya pelitup muka, baju PPE dan sarung tangan.

Hajiji berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada FSI dan MCCC kerana menyumbang PPE untuk kegunaan pasukan barisan hadapan.

“Usaha memerangi pandemik COVID-19 memerlukan sokongan dan penglibatan daripada semua pihak, termasuk rakyat jelata yang wajib terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Masnah Matsalleh.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top