Foong Hin Berhasrat Majukan Sektor Pertanian di Sabah, Sarawak

chan-foong-hin.jpg

Foong Hin (kiri) ketika hadir sesi clock-in di Wisma Tani semalam. - Foto IHSAN JABATAN PERTANIAN

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berhasrat untuk memajukan sektor pertanian di Sabah dan Sarawak sekaligus menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, ia adalah salah satu daripada pelbagai perkara yang akan beliau perjuangkan kerana kedua-dua negeri itu adalah cukup luas dan sudah pasti pelbagai jenis tanaman boleh diusahakan di sana.

“Sebagai anak jati Sabah, saya akan perjuangkan perkara tersebut dan saya harap ia akan dapat menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

“Dengan kemampuan kementerian serta kakitangan yang cukup hebat dan menteri yang berfikiran bernas, saya yakin isu-isu panas sekarang ini akan dapat ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai sesi imbas kad (clock-in) sebagai simbolik memulakan tugas di Menara Asas Tani di sini, hari ini.

Mengulas mengenai isu telur yang sedang dihadapi negara, Foong Hin berkata, tiada penyelesaian segera berkenaan perkara tersebut dan memohon diberikan masa juga ruang untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang. – KOSMO! ONLINE

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top