Fokus Pada Pembangunan Belia – Fairuz

fairuz-1.jpg
Kongsi Bersama

 

KOTA BELUD: Pembangunan dan peningkatan modal insan masa kini perlu lebih difokuskan kepada belia termasuk dalam agenda pemulihan negeri serta negara bagi fasa endemik.

Ketua ARMADA BERSATU Sabah Fairuz Renddan berkata, pembangunan dan kebajikan golongan belia boleh ditingkatkan khasnya dengan menyediakan peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda itu.

“Kita di ARMADA merasakan bahawa dengan adanya peluang pekerjaan yang lebih banyak dan luas, pastinya golongan belia dapat memanfaatkannya, khasnya bagi belia yang berada di kawasan luar bandar,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Perwakilan BERSATU Bahagian Kota Belud 2021 di sini, pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu juga menjelaskan bahawa semua ahli ARMADA sentiasa mendukung penuh kepimpinan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Jelasnya, kerajaan juga boleh meneliti kembali usaha untuk memaksimumkan usaha pertambahan prasarana dan kemudahan sukan kepada belia demi memastikan fokus untuk melahirkan pemimpin masa depan yang aktif minda dan fizikal dapat direalisasikan.

“Kita amat berharap agar kerajaan dapat menambah dan menyediakan prasarana serta kemudahan sukan kepada belia.

“Kita sedar bahawa keperluan untuk amalan gaya hidup sihat adalah penting untuk mewujudkan kestabilan dalam kesihatan fizikal dan mental, pelapis baharu kita kelak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fairuz berkata ARMADA juga mencadangkan untuk had umur maksima anggotanya yang kini dihadkan kepada 35 tahun ditambah kepada 40 tahun.

“Hal ini kerana kita sedar bahawa ARMADA masih baru dan memerlukan masa untuk diperkenalkan kepada generasi pelapis di luar sana.

“Kita juga merasakan bahawa kita perlu memberi ruang kepada pimpinan ARMADA semasa untuk melatih dan memilih pelapis pimpinan ARMADA baharu yang akan menggantikan sayap ini kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, kepimpinan ARMADA masa kini juga perlu melaksanakan program dan aktiviti yang sudah dirancang namun tertunda akibat penularan pandemik COVID-19.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top