Fokus kepada kemenangan, bukan pengagihan kerusi

denson.jpg

Denson Saidi

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Semua parti-parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa untuk mengukuhkankan Gabungan dengan memupuk kerjasama di setiap peringkat sebagai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Naib Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, Denson Saidi turut menyeru agar semua parti-parti komponen GRS mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan ketidakselesaan di kalangan rakan-rakan gabungan.

“Matlamat utama kita adalah untuk mencapai kemenangan dalam PRN akan datang. Oleh itu, saya percaya adalah penting untuk mencipta sinergi yang kuat di antara parti-parti GRS untuk menghadapi pihak lawan dengan semangat setiakawan, bukannya terlibat dalam pertikaian mengenai peruntukan kerusi pada masa ini,” ujar beliau.

Denson berkata pengagihan kerusi dalam menghadapi PRN, harus diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi Majlis Tertinggi GRS.

“Fokus kepada kemenangan GRS bukan pengagihan kerusi.

“Semua orang boleh minta, tapi akhirnya kita sepakat dalam mesyuarat, kita serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tinggi parti dan dalam mesyuarat juga kita bersetuju dan akur dengan apa sahaja keputusan.”

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS ) bahagian Bandau tiga hari lalu mengenai hasrat mereka untuk bertanding di Kawasan tersebut pada PRN akan datang.

“Saya fikir tidak perlulah kita mengatakan soal meminjamkan atau mengembalikan kerusi kerana secara realitinya dalam politik istilah atau konsep ini tidak wujud. Tambahan pula, sejarah kerusi Langkon pada masa lalu bukan melibatkan PBS sahaja tetapi juga melibatkan parti-parti lain. Keadaan boleh berubah dan perwakilan dalam mana-mana kawasan boleh berubah.

“Kami Gagasan Rakyat Bahagian Bandau di bawah pimpinan Ketua Bahagian kami Datuk Maijol Mahap sedang berkerja keras untuk memastikan Bandau akan dimenangi oleh GRS dan tidak terus kekal dalam pembangkang. Kami yakin Bandau akan kembali ke pangkuan kerajaan GRS pada PRN akan datang,” katanya. – Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top