Flovia gagal pertahan jawatan Ketua Wiranita STAR Sabah

Flovia-Ng.jpg

Datuk Flovia Ng (gambar fail)

KOTA KINABALU: Ketua sayap wanita STAR Sabah (Wiranita) Datuk Flovia Ng gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti.

Flovia yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN Tulid itu tewas mengejut dalam pemilihan Ketua Exco Wiranita parti itu dengan hanya memperolehi 81 undi berbanding pencabarnya, Kerry Chee Kheng Moi yang memperolehi sejumlah 167 undi, apabila diumumkan secara rasmi di ibupejabat parti itu di Sokid Villa, Penampang, kelmarin.

Seorang lagi calon Evelyn Gobili hanya mendapat 8 undi.

Sementara itu Presiden Sabah STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I , mengekalkan jawatannya tanpa bertanding pada mesyuarat agung tiga tahun sekali parti itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam (Ahad).

Bagi tiga jawatan timbalan presiden, Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Ellron Alfred Angin (bumiputra bukan Islam) dan Pembantu Menteri Kerja Raya negeri Datuk Robert Tawik (bumiputra Islam) mengekalkan jawatan mereka.

Ellron mengenepikan cabaran oleh bekas penyelaras parti Philip Among manakala Robert menewaskan DUN Liawan Datuk Annuar Ayub, yang merupakan pengerusi Perbadanan Tenaga Sabah.

Bagi kuota Cina, pengerusi Sabah Air Datuk Kenny Chua mengalahkan penyandang timbalan presiden Datuk Stephen Teo.

Parti itu juga memilih enam naib presiden dan lapan ahli majlis tertinggi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir adalah antara enam naib presiden yang dipilih, yang lain ialah Suling Isib, Apas Nawawie Saking, Lin Harun, Kong Soon Choi dan Beverly Natalie Koh.

Lapan ahli majlis tertinggi ialah bekas ADUN Tandek Datuk Anita Baranting, artis terkenal Sabah Evaristus Gungkit, Jovilis Majami, Suzy Lojimit, Raplin Samat, Alviana Linus, Fung Len Fui dan Maklin Mansiau.

 

Sumber: The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top