Firefly Terbang Setiap Hari Ke Sandakan Dari Kota Kinabalu

firefly.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Syarikat penerbangan tambang rendah, Firefly kini terbang setiap hari ke sini dari Kota Kinabalu mulai semalam.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (Stan), Teo Chee Kim, berkata ia adalah petanda baik seiring dengan usaha Sandakan untuk meningkatkan industri pelancongannya selepas pandemik COVID-19.

Beliau berkata, perjalanan udara ke Sandakan, terutamanya oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang yang kompetitif penting untuk membantu menarik lebih ramai orang melancong dan melawat kawasan itu.

“Kami percaya bahawa ini (penerbangan Firefly) adalah perkembangan yang baik, dan diharapkan syarikat penerbangan itu akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, Firefly mempunyai sebuah pesawat bagi laluan Kota Kinabalu-Sandakan sekali sehari (pergi dan balik), tetapi kami sentiasa bekerjasama rapat dengan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan lain untuk terbang ke Sandakan bagi membantu mengembangkan lagi industri pelancongan kita, ” katanya.

Selepas lebih setahun industri pelancongan Malaysia dibuka semula, Chee Kim berkata, ramai orang masih berada dalam situasi tunggu dan lihat, namun kini lebih ramai yang yakin untuk mengembara semula termasuk ke Sandakan.

“Kami, Stan, baru sahaja memulakan perbincangan dengan Tourism Malaysia tentang bagaimana kami boleh memanfaatkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2025 dan bagaimana persatuan kami boleh melengkapkan dan bekerjasama dalam aktiviti mereka.

“Sekarang ini, Stan sedang dalam proses mengemas kini panduan pelancongan supaya kami boleh menawarkan maklumat terkini kepada pengunjung kami (kerana semakan terakhir) dilakukan pada 2020,” katanya. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top