KOTA KINABALU: Pengumuman Finalis pertandingan filem pendek China-Sabah ke-6 akan dilakukan pada jam 2 petang esok, Sabtu (13 April) bertempat di Palm Square Centre Point Sabah.
Pemangku Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Ouyang Huifeng akan menjadi tetamu kehormat. Kesemua pemenang termasuk pasukan penerbit masing-masing dijemput untuk hadir dan menyaksikan majlis bersejarah ini.
Dianjurkan bersama Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu dan Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), pertandingan berkenaan telah menerima sejumlah 60 penyertaan.
Peserta hanya diperlukan untuk memaparkan suasana aspek keindahan hubungan diantara China dan Sabah menerusi perspektif masing-masing.
Antara finalis ialah, untuk kategori filem pendek: Brittany Devyna Vitalis (Warisan Gemilang), Chin Chong Lim (Sejarah Cina Dan Sabah), Chin Jin Le (Beyond the Miles: Our Unwavering Connection), Datu Mohammad Rashidi Datu Al Rashsid (Hubungan Antara China-Sabah Pada Zaman Dahulu/Moden), Thien Ming Fui (Keharmonian Budaya), Ervinna Chua Ming Yan (Love from Amoy), Eunice Chan Ko Syn (Takdir antara China dan Sabah), Hiew Jia Shuen (Pertemuan Antara Sabah & China), Ho Chui Geok (Laluan Sutera), Jessamine Jong Yun Xuan (Pengalaman Budaya antara China-Sabah), Kitty Chee Shea Wean (E-mel Misteri), Kuang Jing Xin (Orang Sabah di Hari Merdeka China), Loh Zhi Meng (Kasih Benang), Sam Ching Nee (Pelayaran Budak China Ke Borneo) Wong Syn Yee (Mewarisi Api) dan Young Sze Shi (Coretan Takdir: China dan Sabah).
Kategori TikTok, finalisnya ialah Angel Yong En Qi (Orang Sabah meraikan Perayaan Pertengahan Musim Luruh), Ashley Wong Pei Nee (Pantun Cina di Sabah), Brittany Devyna Vitalis (Kawan), Chia Yee Hui (China ada Sandakan?), Datu Mohammad Rashidi Datu Al Rashsid (Info Menarik Tentang Hubungan China-Sabah), Ho Chui Geok (Tarian Singa), Ho Kah Yung (Tangyuan), Kitty Chee Shea Wean (China-Sabah dalam mata saya), Kong Ming Tee (Perayaan CNY), Lu Kai Yang (Kisah Zaman Belajar di China), Nicole Goh (Tarian traditional), Soon Wen Qi (Kehidupan Gadis Sabah: Kisah Hubungan China-Sabah) dan Yeap Cheng Lim (Keterangan Hubungan China dan Sabah).