Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula

Festivel-Menyelam-Labuan.jpg

Festival berkenaan juga secara tidak langsung mempromosikan pemuliharaan laut dan memperkenalkan khazanah tersembunyi di bawah permukaan air Labuan. - Gambar Bernama

Kongsi Bersama

LABUAN: Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula semalam dan akan berlangsung hingga Ahad.

Seramai 22 penyelam antaranya dari Malaysia, Singapura dan Perancis akan menerokai keajaiban perairan Labuan dalam festival anjuran Kelab Menyelam Labuan bersama Labuan Rusukan Besar Resort itu.

Setiausaha Kelab Menyelam Labuan Tan Zhi Shan berkata festival itu menampilkan ekspedisi menyelam ke lokasi bangkai kapal dan terumbu karang yang terkenal di sekitar Pulau Rusukan Besar.

“Festival ini juga akan memberikan pengiktirafan menerusi majlis khas penyampaian sijil kepada penyelam yang melakukan lebih 50, 100, 150 dan 200 selaman sebagai menghargai dedikasi dan komitmen mereka terhadap sukan ini,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata festival berkenaan juga secara tidak langsung mempromosikan pemuliharaan laut dan memperkenalkan khazanah tersembunyi di bawah permukaan air Labuan.

Selain itu katanya ia juga bertujuan menghidupkan semula industri selam skuba di pulau itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top