Fenomena “Shrinkflation” kini semakin menjadi-jadi tanpa disedari – Salleh

shrinkflation.jpg

Kita membayar harga yang sama tetapi mendapatkan produk yang lebih sedikit.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Fenomena ekonomi baharu – Shrinkflation kini semakin menjadi jadi dan kerap berlaku tanpa orang ramai sedari.

Menurut bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Shrinkflation dikatakan berlaku apabila syarikat mengurangkan saiz, kuantiti, atau berat produk tetapi mengekalkan harga yang sama.

(Gambar fail)

“Pada dasarnya, kita membayar harga yang sama tetapi mendapat produk yang lebih sedikit.

“Inilah yang dinamakan “shrinkflation”– dan ia berlaku lebih kerap daripada yang kita sangka,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Adun Usukan berkata Shrinkflation merupakan cara halus di mana inflasi memberi kesan kepada pengguna.

“Mungkin kita tidak perasan dengan segera, tetapi lama-kelamaan, kita akan membayar lebih untuk nilai yang semakin berkurang.

“Apabila kos meningkat, syarikat melindungi keuntungan mereka, tetapi pengguna menerima produk yang kurang tanpa kenaikan harga yang ketara,” katanya.

Oleh itu, Salleh berkata adalah menjadi tanggungjawab rakyat atau pengguna untuk memeriksa saiz produk dan membandingkan dengan versi sebelumnya.

“Kita juga harus beri perhatian kepada harga per unit daripada hanya harga keseluruhan,” katanya. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top