Fenomena Air Pasang, Banjir: 1,626 mangsa di 10 PPS Sabah

ssk-banjir.jpg

ADUN Usukan DSP Dr Salleh Tun Said ketika melawat mangsa banjir di Pusat pemindahan sementara Chung Hwa, Kota Belud, kelmarin. (Kredit foto: FB Salleh Said Keruak)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dan air pasang di Sabah terus meningkat kepada 1,626 orang susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, ia melibatkan 366 keluarga daripada empat daerah yang terjejas.

Tiga daerah iaitu Pitas, Sandakan dan Kota Kinabalu terjejas akibat fenomena air pasang besar.

Manakala satu daerah iaitu Kota Belud adalah ekoran banjir.

Sementara, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh Sabah ekoran kejadian itu.

“Sejumlah 745 mangsa ditempatkan di enam PPS di Pitas; Sandakan (684) dan Kota Kinabalu (54). Di Kota Kinabalu dua PPS dibuka dengan menempatkan 143 mangsa,” katanya dalam kenyataan setakat pukul 8 pagi Isnin.

Tambah kenyataan itu, terdapat pertambahan jumlah mangsa di dua PPS iaitu di SK Sungai Anib 2, Sandakan dan Dewan SMK Pinggan-Pinggan Pitas.

Pertambahan itu melibatkan fenomena air pasang besar di dua kawasan terbabit.

Sumber: AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top