FCAS Gesa Pengecualian Cukai Bagi Derma Untuk Sekolah Selaras MA63

TC-Goh.jpg

Tan Sri T.C. Goh

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Semua derma awam yang disumbangkan kepada sekolah di Sabah sepatutnya dikecualikan daripada cukai, kata Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri T.C Goh.

Beliau menegaskan bahawa keistimewaan sedemikian adalah selaras dengan peruntukan Perjanjian Malaysia 1963, tetapi ia sama ada dilupakan atau diabaikan selama ini, dan sudah tiba masanya untuk mengembalikannya.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan penggubal dasar, di peringkat Persekutuan dan negeri, mengambil perhatian serius mengenai perkara ini dan memastikan keistimewaan seperti itu di bawah MA63 segera dipulihkan.

Beliau juga berkata, FCAS akan menganjurkan forum awam bertemakan: “MA63: Pengecualian Cukai untuk Derma Awam untuk Sekolah-Sekolah di Sabah” pada 29 Disember (Khamis) ini bertempat di bilik persidangan FCAS, di Kompleks Karamunsing di sini, dari jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Antara penceramah forum tersebut ialah ketua masyarakat Cina merangkap bekas Menteri Tenaga Kerja & Pembangunan Alam Sekitar Sabah (1976 hingga 1979) dan Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah (1976 hingga 1982), dan Akauntan Bertauliah yang berpangkalan di Kota Kinabalu, CK Wong.

Goh yang akan menjadi moderator forum itu berkata, lembaga sekolah pelbagai sekolah persendirian Cina, sekolah menengah Cina jenis kebangsaan dan sekolah rendah Cina di negeri ini, amat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam forum tersebut. Kemasukan adalah percuma.

Beliau menjelaskan bahawa forum itu bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan lembaga sekolah di Sabah, khususnya sekolah Cina, mengenai keistimewaan yang diberikan oleh MA63, supaya mereka dapat melakukan apa yang perlu untuk melindunginya.

Beliau beranggapan bahawa pemulihan keistimewaan itu akan membawa impak yang besar dan positif kepada aktiviti mengumpul dana yang dianjurkan oleh masyarakat Cina, bagi membantu sekolah Cina di Sabah, pada masa hadapan.

Maklumat lanjut mengenai forum awam itu boleh diperolehi dengan menghubungi naib presiden FCAS, David Chang di: 019-8803411.

Berita asal: pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top