Fasiliti Tidak Cukup, Banyak Gajah Diletak Dalam Kurungan – JHL Sabah

AUGUSTINE-TUUGA.jpg

Augustine Tuuga

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Fasiliti yang tidak mencukupi untuk membolehkan gajah bergerak bebas menyebabkan banyak gajah ditempatkan dalam kurungan di Sabah.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, Sabah belum ada kawasan pengasingan yang sesuai bagi menempatkan gajah yang berbahaya.

Pada masa ini, gajah yang berbahaya terpaksa dirantai menyebabkan ia tidak bebas bergerak.

“Sabah masih belum ada kemudahan untuk menyediakan ruang pengasingan kepada gajah yang merbahaya. Jadi, kita berharap kerajaan dapat memberi peruntukan mencukupi bagi penyediaan ruang sebegitu,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata demikian susulan insiden petugas Taman Hidupan Liar (JHL) Lok Kawi yang maut akibat diserang semasa sedang memberi rawatan kepada seekor gajah.

Sekiranya tidak mempunyai ruang yang mencukupi, langkah lain untuk menangani gajah liar adalah dengan menghantar hidupan tersebut ke luar negara yang mempunyai kemudahan mencukupi yang membolehkan hidupan liar tersebut bebas bergerak tanpa dikurung di tempat sempit atau dirantai.

Kebajikan gajah amat penting dalam pengurusan gajah, berbanding meletakkan hidupan berkenaan dalam kurungan.

Tambahnya, bilangan kakitangan yang menjaga gajah juga masih belum mencukupi berbanding petugas yang diperlukan. Malah, kebanyakan petugas adalah ditaja atau dibayar gaji oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top