Fasa 4 Sabah Buka Lebih Banyak Peluang Kerja

asrul-samad-PAS-Sabah.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Basith Samad

KINABATANGAN: Peralihan Sabah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) diharap memberi peluang penduduk yang kehilangan pekerjaan sebelum ini bekerja semula.

Ini kerana aktiviti perniagaan dan perkhidmatan dibenarkan kehadiran pekerja lebih ramai, di samping masa operasi lebih panjang berdasar ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah.

Menurut Pengerusi Lajnah Pengguna, Pekerja dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS Sabah, Asrul Samat, majikan dicadang menyediakan semula peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Katanya, Fasa 4 di Sabah membuka ruang kepada ramai penduduk yang kehilangan pekerjaan dapat mencari rezeki.

“Ini kerana operasi sektor perniagaan dan perkhidmatan dalam PPN Fasa 4 memerlukan semula khidmat pekerja berpengalaman bagi kelancaran operasi,” katanya di sini.

Menurutnya juga peningkatan jumlah individu yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 di Sabah membolehkan lebih ramai golongan pekerja kembali bekerja seperti sebelum wabak berlaku.

“Penduduk yang kehilangan peluang pekerjaan kerana wabak perlu diberi peluang untuk membolehkan mereka membina kehidupan baharu bagi menyara kehidupan keluarga,” ujarnya.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top