Fairuz Terima Kunjungan Ketua Daerah

fairuz.jpg

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan (dua dari kanan) telah menerima kunjungan hormat 3 Ketua Daerah (KD) dari kawasan parlimen Kota Belud di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, semalam.

Mereka terdiri daripada KD Pintasan, OKK Haji Mayur Haji Radim, KD Usukan, OKK Haji Zainal Abidin Haji Md Suod dan KD Kadamaian, OKK Roslan Duraman.

Fairuz yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri meminta Ketua-Ketua Daerah memainkan peranan membantu meningkatkan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai kaum di kawasan Kota Belud.-pr/BNN

 

Artikel ini disiarkan pada Jumaat, 19 Mac 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top