KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak gesaan Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau untuk perjanjian persekutuan baharu selepas pihaknya mendakwa kerajaan gagal merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga ketua whip GPS mempersoalkan sekiranya Tangau menyedari terdapat pencapaian di bawah MA63, seperti pembayaran dan peruntukan dana daripada kerajaan pusat kepada Sabah dan Sarawak.
“Apa yang dia (Tangau) maksudkan perjanjian itu gagal direalisasikan?”
“Sudah tentu ia (MA63) masih dalam proses,” kata Fadlillah selepas menghadiri satu acara di sini semalam.
Ketika ditanya sama ada perlu ada perjanjian persekutuan baharu, Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata ia tidak boleh dilaksanakan.
“Anda tidak boleh membuat perjanjian baharu kerana perjanjian itu ditandatangani semasa pembentukan Malaysia.
“Kita perlu bekerja dalam hal itu,” katanya.
Awal semalam, Tangau mencadangkan Pakatan Harapan (PH) menerajui tawaran Malaysia perjanjian persekutuan baharu berikutan kegagalan merealisasikan MA63, yang menurutnya telah mengecewakan rakyat Sabah dan Sarawak.
Langkah pertama dalam merumuskan perjanjian baharu adalah melalui penubuhan majlis negeri persekutuan dalam PH, yang mana Upko akan memainkan peranan yang terdiri daripada pemimpin utama dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, katanya.
Tangau juga mencadangkan rangka kerja politik baharu yang disifatkannya sebagai “penyelesaian 1+2+11”, yang melibatkan satu kerajaan persekutuan, dua kerajaan wilayah (Sabah dan Sarawak) dan 11 kerajaan negeri (di Semenanjung Malaysia).
Fadillah, yang juga menteri kerja aya, berkata akan ada pengumuman tidak lama lagi mengenai MA63. – FMT