Fadillah beri keutamaan selesaikan isu-isu tertunggak Sabah, Sarawak

DS-Fadillah.jpg

DS Fadillah (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan memberi keutamaan kepada hal ehwal Sabah dan Sarawak khususnya dalam menyelesaikan segera isu-isu tertunggak dan meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di tempat sepatutnya.

Tekad itu dizahirkannya dalam satu kenyataan hari ini susulan rombakan kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau langkah penyelesaian itu penting sekali gus dapat merapatkan lagi jurang fizikal, ekonomi dan sosial antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung.

Fadillah yang sebelum ini turut menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) kini diamanahkan kementerian baharu iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Beliau juga turut menggalas tugas sebagai Menteri Bertanggungjawab Terhadap Hal Ehwal Sabah Sarawak.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top