Fadhlina nafi kerajaan tidak tunai janji bangunkan sekolah daif di Sarawak

Fadhlina.jpg

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menandatangani plak pada Program Eksplorasi Merdeka@Muzium 2023 di Muzium Negara semalam. - Foto BERNAMA

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menafikan dakwaan Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak Datuk Dr Juanda Jaya bahawa Kerajaan Persekutuan tidak menunaikan janji untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu.

Beliau berkata segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu sedang dan masih diusahakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kerajaan Negeri Sarawak.

“Kita dah ada banyak pertemuan malah saya sendiri akan ada lagi pertemuan dengan Menteri (Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn) dan juga timbalannya.

“Ini untuk pastikan semua kemajuan projek dan kerja-kerja melibatkan sekolah daif di Sarawak dilaksanakan mengikut jadual,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan penutupan program Eksplorasi Merdeka@Muzium di Muzium Negara di sini semalam.

Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan Juanda berkenaan perkara itu seperti dilaporkan media Sarawak pada Selasa.

Juanda, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jemoreng, dilaporkan berkata Sarawak masih menagih janji Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan baharu bagi sekolah daif di negeri itu termasuk tiga yang amat daif di kawasannya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pergau, SK Bawang Tian dan SK Sok.

— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top