EXCO Armada BERSATU Minta KPM Beri Kuota Khas Ambil Guru Sabah, Sarawak

Johainizamshah-Johari.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia  pada Sabtu berkata beliau mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuota khas kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam program pengambilan guru secara “one-off” bagi mengisi kekosongan jawatan di kedua-dua wilayah itu.

Exco Armada Nasional Johainizamshah Johari berkata pelaksanaan kuota khas itu akan membantu Kerajaan menjimatkan kos penempatan guru di kedua-dua negeri selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Pada tahun ini, kita boleh lihat KPM akan melaksanakan pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan jawatan yang dihadapi di seluruh negara khususnya di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

“Ini adalah bukti yang mencukupi bahawa Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kekurangan guru. Oleh itu, saya ingin mencadangkan melalui pengambilan ini, tolong berikan kuota khas kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Pertimbangkan ini kerana pada tahun ini dilaporkan seramai 840 guru dari Semenanjung telah ditempatkan ke Sabah dan Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2021 bagi memenuhi opsyen bagi kedua-dua negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Armada pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-3 Armada Bersatu di sini.

Perhimpunan Agung Tahunan Armada berlangsung secara fizikal di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (Mitec) dengan dihadiri 768 anggota perwakilan dari seluruh negara.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top