Ewon Teruskan Amalan Kunjungi Masyarakat Islam Sempena Ramadan

ewon.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan aktiviti tahunan sempena bulan Ramadan dengan mengunjungi masyarakat Islam di kawasan itu.

Ewon mengunjungi Kg.Lompios dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada 32 penerima isi rumah beragama Islam bagi mereka merayakan sambutan Hari Raya Puasa nanti.

“Pada tahun ini, kita menukar program Berbuka Puasa bersama penduduk Kampung Lompios kepada program Ziarah Ramadan kerana acara berbuka puasa tidak dibenarkan bagi mengelak penularan COVID-19.

“Semasa Ziarah Ramadan, saya menyampaikan sumbangan kepada 32 ketua isi rumah yang beragama Islam. Saya berharap kehadiran kami membawa keceriaan kepada mereka yang meraikan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beberapa hari lepas, beliau turut mengadakan Ziarah Ramadan di Kg Lobong-Lobong.

Ewon memulakan amalan berbuka puasa sejak enam tahun lalu di Kadamaian sebelum menjadi Wakil Rakyat. Namun, perintah SOP pada tahun ini tidak membolehkan acara berbuka puasa diadakan.

Bersempena dengan lawatan di Mukim Lasau, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada lima buah surau di mukim ini yang diwakili oleh mantan Ketua Kampung Kg.Gonok, Junaidi Alim. – Utusan Borneo

 

Foto: FB Ewon Benedick

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top