‘Ewon Sebagai MP, Darell Sebagai ADUN, Rakyat Penampang Juga Yang Untung’

ewon-n-darekk.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa persaingan perkhidmatan Wakil Rakyat di Penampang boleh membawa manfaat kepada rakyat di daerah ini jika Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah orang yang berlainan.

“Selepas 19 November ini, rakan saya, Datuk Darel masih menjadi ADUN Moyog dan perlu menunaikan tanggungjawab kepada rakyat di DUN Moyog.

“Jika rakyat Penampang memilih Ahli Parlimen yang baharu, ia akan mengujudkan persaingan sihat perkhidmatan Wakil-Wakil Rakyat di daerah ini. Saya percaya Wakil-Wakil Rakyat Penampang akan lebih agresif memberi perkhidmatan kepada rakyat selepas 19hb ini. Jika Ahli Parlimen masuk ke satu kampung, maka ADUN juga sudah tentunya akan masuk kampung juga.

“Jika saya diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Penampang, saya akan bekerja keras untuk rakyat Penampang dan akan memberi saingan kepada perkhidmatan Wakil Rakyat di DUN Moyog,” katanya.

Ewon menyatakan demikian dalam jelajah ceramah beliau di Kg Gunsing tengahari semalam. Beliau turut menyatakan perkara sama di Kg.Kituai Limbanak, Kg.Kolopis, Kg.Penapah Kondis dan Kg.Sugut dalam jelajah kempen beliau pada hari sebelumnya (Jumaat).

“Persaingan ini akan membawa manfaat kepada rakyat Penampang. Jika selama ini rakyat mengeluh sukar untuk berjumpa dengan Wakil Rakyat, maka selepas ini kesemua Wakil Rakyat perlu bekerja keras bukan hanya untuk turun padang, keluar masuk kampung, tetapi juga mencari penyelesaian kepada masalah dan keperluan pembangunan Penampang,” katanya.

Ahli Parlimen Penampang sebelum ini Datuk Darel Leiking juga merupakan ADUN Moyog.

Dalam PRU15, Ewon akan berhadapan dengan Darel (Warisan), Kenny Chua (Gabungan Rakyat Sabah) dan Richard Jimmy (Bebas).

 

Berita asal: Nabalu News

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top