Ewon Sah Ambil Alih Jawatan Presiden UPKO Pertengahan Januari

ewon.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick bakal mengambil alih tugas secara sah sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Kongres parti yang akan diadakan pada 14-15 Januari 2023.

Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang diadakan hari ini memutuskan mengadakan kongres parti tersebut selepas tarikh asal pada 15-16 Oktober lepas ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihanraya umum.

Kongres tersebut akan diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan bakal dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memenangi jawatan Presiden dalam pemilihan parti selepas penyandang Datuk Wilfred Madius Tangau tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Ewon menewaskan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking. Ewon juga merupakan satu-satunya ADUN UPKO yang memenangi kerusi pilihanraya negeri pada tahun 2020.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top