Ewon mahu minimumkan debat politik, fokus pada mandat yang diberi

ewon.jpg

Ewon ketika hadir menyempurnakan penyampaian hadiah cabutan bertuah Robert T 1994 di Suria Shopping Mall, Kota Kinabalu, semalam. (Kredit foto: FB Ewon Benedick Official Media)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, perdebatan politik tidak menguntungkan rakyat Sabah sebab itu beliau berusaha meminumkannya.

“Saya mahu fokus untuk melaksanakan amanah yang diamanahkan dan kepada apa yang diperlukan oleh usahawan Sabah dan rakyat Sabah selaras dengan mandat yang diberi.

“Saya mahu fokus pada itu dan meminimumkan perdebatan politik. Ia tidak membantu Sabah, ia tidak membantu Malaysia,” katanya selepas merasmikan Program Cabutan Bertuah Robert T 1994 di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

Mengenai pelantikannya sebagai pengerusi PH Sabah, Ewon berkata ia mengikut prosedur demokrasi yang betul.

“Satu pemilihan telah dijalankan dan keputusan itu dibuat melalui proses.

“Saya percaya semua parti dalam PH menjunjung amalan demokrasi.

“Seperti dalam pilihan raya, kadangkala petisyen difailkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin perlu mengesahkan keputusan.

“Apa yang penting ialah proses itu telah dijalankan, keputusan telah dibuat dan kami menghormatinya,” tambah beliau.

Kelmarin Setiausaha Majlis Kepimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Sazalye Donol melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Ewon ke jawatan pengerusi PH Sabah dan menganggap jawatan tersebut secara tradisinya milik PKR.

Ia disusuli kenyataan Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud yang berkata walaupun pelantikan Ewon telah diterima oleh pemimpin parti PH Sabah, keputusan muktamad masih terletak pada majlis presiden PH.

Mustapha berkata majlis itu akan membincangkan perkara itu, terutamanya memandangkan terdapat perbezaan pandangan mengenai kedudukan itu.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top