Ewon Lawan Madius Rebut Jawatan Presiden Upko?

ewon-madius.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Naib Presiden Upko Ewon Benedick dijangka bakal bertanding merebut jawatan presiden parti itu, pada pemilihan akan datang.

Sumber yang rapat kepada Ewon, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu akan membuat pengumuman berhubung perkara itu, pada Isnin nanti.

Katanya, pengumuman berkenaan dijangka dibuat Ewon pada mesyuarat tahunan Upko Kadamaian ataupun ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Kadamaian, yang berlangsung pada hari sama.

“Ya (Ewon akan bertanding) tapi kita tunggu pengumuman Isnin depan.

“Ramai yang menyokong hasrat Ewon itu terutama pemimpin dan ahli-ahli daripada sayap parti iaitu pemuda, wanita dan generasi muda (GEM) Upko,” katanya kepada FMT.

Sekiranya benar Ewon bertanding jawatan presiden, beliau dijangka berdepan penyandang jawatan itu yang juga Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau.

Pemilihan Upko dikatakan bakal diadakan tahun ini, namun belum dapat dipastikan bila ianya akan berlangsung.

Sementara itu, Ewon ketika dihubungi FMT tidak mengiya atau menidakkan berhubung ‘khabar angin’ berkenaan yang mendakwa beliau akan bertanding merebut jawatan presiden.

“Jemput hadir, nanti jemputan rasmi akan dibuat kepada semua media Jumaat ini, mana tahu ada yang mahu disentuh dalam ucapan penggulungan,” katanya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top