- KOTA BELUD: Calon DUN Kadamaian , Datuk Ewon Benedick dari UPKO berharap rakyat Sabah akan memilih calon terbaik untuk menjadi ADUN mereka dan membentuk kerajaan negeri.
Naib presiden Upko itu berkata demikian selepas memberikan mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau pada pukul 8 pagi.
Ewon bertanding dalam pertandingan enam penjuru untuk merebut kerusi tersebut yang dimenanginya pada PRU ke-14 dengan majoriti lebih 3,000 undi.
Antara pesaingnya untuk merebut kerusi tersebut ialah Dr Beting Giling dari Parti Cinta Sabah (PCS), Demis Rumanti (PBS), Duanis Mogirong (BN-PBRS), Raiting @ Mohd Farhan (Bebas) dan Leduning Lengik @ Ernest, (LDP). -FMT
Komen