Ewon Adakan Rumah Terbuka Krismas, Tahun Baharu Di Kadamaian Square

ewon-cristmas.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mengadakan Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2023 di Dewan Kadamaian Square, Taginambur di sini, pada 6 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu mengalu-alukan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kadamaian menghadiri seterusnya memeriahkan lagi sambutan itu.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang sambutan itu antaranya persembahan koir dari beberapa gereja, persembahan Bamboo Beat Kiau dan cabutan tiket bertuah.

Pengerusi Penganjur Carlye Lajimin berkata, pelbagai hadiah menarik menanti para pengunjung bertuah bagi cabutan tiket bertuah.

“Acara akan bermula seawal jam 8 pagi dan dijangka akan berakhir pada jam 1 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, dijangka lebih 3,000 pengunjung akan menghadiri sambutan itu.

Beliau berkata, antara tujuan sambutan itu ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Selain itu ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk bertemu dan meraikan sambutan Krismas dan Tahun Baharu bersama pemimpin,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top