ESSCOM Buru 20 Individu Dalam Senarai Dikehendaki

wanted.jpg
Kongsi Bersama

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah mengeluarkan senarai terbaharu 20 individu warganegara asing dikehendaki (Wanted List) di Sabah.

Kesemua senarai ini diburu bagi membantu siasatan kerana suspek mempunyai hubungan dengan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFRG) dan kes-kes jenayah rentas sempadan pada 26 Januari lalu.

Antara yang berada dalam senarai dikehendaki ialah Madjid Said @ Amah Pattit, Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan, Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah, Salip Musa, Al Munjir Yadah, Ben Tatoh Quirino, Basaron Arok, Mujimar Sawadjaan @ Rasad, Marajan @Manajan Asiri, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Jul @ Jun Hasan, Barak Undong @ Alvin, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Hadji Wahad @Talip, Tampi @ Bunju, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo dan Sangbas Parisko.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863 181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top