Eratkan Kerjasama Demi Kemajuan Kampung – Jahid

jahid-kg.jpg
Kongsi Bersama

TAMPARULI: Penduduk kampung diingatkan agar sentiasa menghargai nilai perpaduan dan kerjasama erat sesama mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, berkata, kerjasama tidak kira pada masa susah atau senang dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama penduduk kampung.

“Paling penting kita kekalkan perhubungan yang rapat agar apa sahaja yang dirancang akan dapat dijayakan dengan baik kelak,” katanya ketika merasmikan Program Berkhatan di Masjid Darul Iman Kampung Bunga Tenghilan, semalam.

Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar,  Pegawai Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Gustin Gagah, Pemaju Mukim Tenghilan, Sairan Osman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jairin Lidin.

Katanya, pihak jawatankuasa masjid telah membuat program di ‘luar kotak’ di mana pada kebiasaannya masjid digunakan sebagai tempat beribadah tetapi kini juga boleh dijadikan tempat mengadakan program lain yang memberikan kebaikan kepada masyarakat kampung.

“Buat anak-anak yang sekejap lagi akan menjani proses berkhatan, jangan takut kerana ianya adalah satu proses di mana anda akan melangkah ke satu lagi peringkat dalam kehidupan iaitu alam remaja dan alam kedewasaan,” katanya kepada peserta yang terlibat.

Menurutnya, program berkhatan sangat baik kerana selain dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kebersihan fizikal, ianya sekaligus melambangkan keperibadian mulia dan serta dapat menaikkan keberanian dalam kalangan anak-anak.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Darul Iman Kampung Bunga Tenghilan, Kadir Hj Junit berkata, objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan pemahaman dalam kalangan anak-anak mengenai kepentingan berkhatan terutamanya dari aspek kebersihan dan kesihatan.

“Program ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa, memandangkan kos berkhatan agak mahal pada masa kini,” katanya.

Kadir turut mengucapkan terima kasih kepada Jahid atas sumbangan beliau kepada pihak penganjur acara berkhatan tersebut.

“Semoga dengan adanya program seperti ini juga akan dapat merapatkan lagi perhubungan kita di dalam satu kampung,” katanya. – Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top