Enjin Rosak: Feri Penumpang Terkandas Di Perairan Pulau Molleangin

feri-terkandas.jpg
Kongsi Bersama

KUDAT: Feri penumpang Labuan Express 7 yang dalam perjalanan dari jeti feri Karakit, Pulau Banggi menuju ke jeti feri Kudat terkandas di kawasan terumbu karang
di perairan Pulau Molleangin, di sini setelah mengalami kerosakan enjin, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, tiga bot ronda dari Zon Maritim Kudat telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan segera dan memantau keselamatan penumpang.

Turut terlibat dalam operasi ini sebuah bot Pasukan Bomba Sukarela Pulau Banggi, sebuah bot Pasukan Polis Marin Kudat, sebuah bot Pantanunam Resort dan dua bot penduduk kampung.

Katanya kesemua 119 penumpang feri selamat dipindahkan ke feri penumpang bantuan dan dibawa ke jeti feri Kudat.

“Maritim Malaysia ingin menasihatkan pengusaha feri dan pemilik bot agar memastikan feri serta bot di bawah seliaan mereka diselenggara dengan baik serta mematuhi undang-undang dan peraturan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top