England, Denmark Mara Ke Separuh Akhir EURO 2020

EURO-2022.jpg
Kongsi Bersama

ROM: Keputusan aksi suku akhir awal pagi ini (waktu Malaysia) menyaksikan England bakal bertemu Denmark di Stadium Wembley dalam perlawanan separuh akhir bagi merebut tiket ke pentas akhir Euro 2020.

Pasukan kendalian Gareth Southgate itu membelasah Ukraine 4-0 menerusi ledakan gol oleh penyerang Harry Kane pada awal perlawanan.

Tandukan Harry Maguire dan jaringan Jordan Henderson yang masuk dari bangku simpanan melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad Three Lions itu untuk membenam Ukraine di Stadium Olimpik.

Terdahulu dalam satu lagi perlawanan di Stadium Olimpik, Baku, Denmark menyingkirkan Republik Czech 2-1.

Seawal minit kelima, tandukan Thomas Delaney memberi kelebihan pada skuad The Danish Dynamite itu untuk mendahului perlawanan sebelum jaringan ditambah Kasper Dolberg.

Kedua perlawanan itu bakal menyaksikan England berdepan Denmark awal pagi Khamis ini untuk merebut trofi Euro di pentas separuh akhir.

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top