Enam radar perlu untuk pantau Pantai Timur Sabah

radar.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memerlukan enam radar sistem pemantauan pesisir pantai (CSS) di Pantai Timur Sabah berharga RM57 juta untuk mengisi kelompongan semasa, susulan terdapat radar rosak dan tidak dapat dibaiki semula.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata lima radar CSS iaitu AESA SPEXER 2000 mengalami kerosakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki, malah semua peralatan ini sudah ditanggalkan untuk proses pelupusan.

“Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan mengenal pasti keperluan bagi menutup sepenuhnya kelompongan di kawasan terbabit dengan melaksanakan perolehan sebanyak enam radar CSS iaitu lima penggantian dan satu penambahan (radar) baharu.

“Bagi tujuan itu, peruntukan sebanyak RM57 juta diperlukan bagi keseluruhan perolehan radar berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai status pembaikan dan penggantian radar pesisir pantai di Wilayah Sabah.

Mohamad berkata, peruntukan itu akan diperoleh melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan RMK13.

Pada masa sama, katanya, terdapat lapan radar baharu selesai menjalani kerja naik taraf pada 16 September lalu, membabitkan Radar CSS 1206.

Mohamad berkata, Kementerian Pertahanan juga sedang dalam proses membuat perolehan satu lagi radar jarak jauh yang akan diletakkan di kawasan Pulau Layang-Layang di Sabah.

“Kita juga sekarang dalam proses perolehan mendapatkan satu lagi radar jarak jauh, akan diletakkan di kawasan Layang-Layang.

“Ini berikutan kawasan di Labuan tidak boleh nampak (kawasan) yang jauh. Kita perlu radar jarak jauh di kawasan ini supaya dapat jangkau kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ),” katanya. – BHarian

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top