Enam pertubuhan kebajikan terima sumbangan RM5000

sumbangan.jpg
Kongsi Bersama

BELURAN: Enam pertubuhan kebajikan di sini masing-masing menerima sumbangan RM5000 daripada Isteri Yang Dipertua Negeri isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni sempena Majlis Lawatan Amal di Institusi Kebajikan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sabah di Dewan Serbaguna Beluran.

Pertubuhan terbabit termasuklah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Pertubuhan Warga Emas Labuk dan Sugut (PAWE), Pasukan Kebajikan Kanak-kanak (PKKK), Pasukan Pelindung Kanak-kanak (PPKK), Pertubuhan Sukarelawan dan Kebajikan (SJKM) dan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak (PMKK).

Norlidah diiringi Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag dan Isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Seri Panglima Datuk Dr. Nuinda Alias yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Pada majlis sama, Norlidah dan Juliah turut menyampaikan saguhati dan sumbangan kepada 70 kanak-kanak.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Samad Jamri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Jonnybone J Kurum, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Sr.Lee Chun Khiong, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri,m Jais Asri dan Pegawai Daerah Beluran Roger Appolonius.

Terdahulu Norlidah dan Juliah mengadakan ziarah amal ke rumah orang kelainan upaya (OKU) di Taman Sungai Labuk dan menyantuni kanak-kanak istimewa di Kelas Program Pendidikan Khas Integerasi, Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran.

Menyertai rombongan Juliah ialah Naib Yang Di-Pertua I MUTIARA GRS Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan, Naib Yang Di-Pertua II Datin Linda Ewin, Naib Yang Di-Pertua III serta Setiausaha Kehormat MUTIARA GRS Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi dan Pengerusi Biro Rumah MUTIARA GRS Datin Noriah Ahmad.

Sementara itu Juliah yang juga Yang Di-Pertua MUTIARA GRS menghadiri Malam Mesra ‘Kelibatnya Anggun Kelihatan’ Rabu lalu.

Beliau turut menyampaikan sumbangan daripada MUTIARA GRS sebanyak RM1000 masing-masing kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan.

Tabung Kasih PUSPANITA Negeri Sabah turut memberi sumbangan RM500 kepada Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sandakan dan Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top