Empat Premis Termasuk Bataras Menggatal Terbakar

kebakaran-menggatal.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kebakaran di sebuah blok komersial di Menggatal di sini menyaksikan sebuah kedai perabot dan kuarters pekerja – yang juga merupakan ruang penyimpanan sebuah syarikat logistik – musnah, manakala pasar raya Bataras mengalami kerosakan kira-kira 80 peratus.

Sebuah lagi kedai perabot di situ turut terbakar 5 peratus.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang terjadi jam 10.30 pagi semalam itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima laporan kejadian pada 10.39 pagi.

Seramai 43 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari balai-balai Lintas, Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang berjaya memadamkan api dalam masa lebih kurang sejam.
“Operasi dilakukan dalam tiga sektor iaitu sumber air daripada lori tangki air, jentera bomba serta pili bomba berhampiran.
“Kebakaran dapat dikawal pada 12.10 tengah hari dan kerja baik pulih telah dijalankan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tambahnya, agensi bantuan seperti polis, Sabah Electricity Sdn Bhd, Jabatan Air Negeri Sabah, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut berada di lokasi selain kehadiran 12 pegawai kanan anggota bomba.

Anggaran kerugian dan punca kemalangan sedang disiasat pihak forensik JBPM Sabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top