KOTA KINABALU: Empat individu termasuk seorang wanita berhadapan detik cemas selepas terperangkap dalam lif sebuah kondominium di Kolombong di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 7.20 malam.
Katanya bertindak dengan kejadian, pihaknya menggegaskan sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi sejauh dua kilometer dari jarak balai.
“Semasa ketibaan pasukan bomba, empat penghuni masih terperangkap di dalam lif dan pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 7.56 malam kemudian,” katanya. – Utusan Borneo