Empat kampung di Pensiangan nikmati elektrik percuma dari Projek Mini Hidroelektrik

arthur.jpg

PENSIANGAN: Walaupun terletak jauh terpencil, Kg Dubulon di Mukim Pensiangan tetap mendapat perhatian daripada wakil rakyatnya.

Semalam Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup hadir di kampung itu bagi melancarkan Projek Mini Hidroelektrik yang membekalkan elektrik secara percuma kepada penduduk-penduduknya.

Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi dalam kenyataannya di Facebook berkata projek itu adalah hasil kerjasama yang digerakkan oleh Light Up Borneo dengan kerjasama reNIKOLA Malaysia & Thomas Philip.

Menurut beliau, sistem hidroelektrik ini mampu menjana sehingga 3kW tenaga yang beroperasi sepanjang masa (24 jam).

“Pada masa yang sama sistem air graviti yang digunakan mempunyai pelbagai kegunaan kerana juga akan membekalkan air kepada kawasan sawah penduduk kampung.

“Penduduk kampung juga diberi latihan dalam operasi dan penyelenggaraan sistem mesin ini,” kata beliau.

Menurutnya lagi selain Kg Dubulon, tiga lagi kampung di Pensiangan menikmati kemudahan dari Projek Mini Hidroelektrik tersebut. Kampung-kampung itu ialah Kg Siatu, Kg Sumohong dan Kg Sibangali.

“Saya sangat berterima kepada semua pihak termasuk NGO dan pihak swasta yang sudi bekerjasama untuk membantu penduduk dalam kawasan yang luas dan jauh ini.

“Walaupun projek ini mungkin dikira kecil tetapi membawa kesan yang sangat besar kepada komuniti,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top